Monday 22 February 2010

Dunia Kejam!!!!

0

Dunia SANGAT KEJAM!!

Peristiwa ni mmg dah 4 taun berlalu.Sudah lama kan, kdg² terlupa tp bila teringat semula, menangis juga. Dan hari ini sekali lgi pristiwa ini berdarah kembali..

Pada 14/06/2006.Abg ngah tak balik² umh. Selalunya kalau dia mahu tidur umah kawan dia tetap akan telefon bak dulu.Sudah masuk 2 hari abg ngah tak balik rumah, puas kami cari, tanya kwn² arwah dan sedara-mara tp tak da juga..akhirnya kami buat report polis. Esoknya dpt penggilan dr balai polis suruh cam mayat. Spjng jln,doa xputus²..’Ya Allah jgn la abg ngah..tapi nak watcamne dah ajal dia camtu, nak tak nak kami terpaksa terima ketentuan ini.Tp tak semudah itu untuk lupakannya lagi² kematian abg ngah adalah disebabkan PEMBUNUHAN!.

Mayat abg ngah dijumpai di sungai pontian,Pekan nenas oleh seorg bdk yg kebetulan sedng mencari lokan disitu.Sungguh kejam! Mayat abg ngah dicampak ke sungai dgn tgn diikt dan palstik itam yg sudah terlerai ikatan.Dipercayai myt ditutup dgn plastik itam, Tapi dengan kuasa Allah walaupun mayat sudah dua hari di situ, namun mayat masih dalam keadaan baik.

Setelah polis membuat siasatan, akhirnya pembunuh abg ngah dapat dikenal pasti. Seorang perempuan! dikenali sebagai efa dan dibantu oleh suami dan 3 org adik beradiknya.Tapi sampai skrg hanya pompuan jalang tu jek belum diketemui dan selagi dia tak dpt ditangkap kes ni tetap camtu jek.n damn! Kemungkinn suami dan adk brdik dia akan terlps!

Polis hanya boleh memberi motif pembunuhan adalah ‘dendam’tapi itu dimahkamah..sbb mahkamah tak kan terima sebab ‘benda² yg xmsuk akal’ tapi hakikatnya..

Pembunuh ni memang perempuan jalang! Semasa polis serbu rumah jalang ni polis menjumpai beberapa botol² jampi dan seangkatannya..Keluarga jalang ni pun dr indon, mak bomoh. Mereka suami isteri mengunakan ilmu untuk mendapatkan duit ngan cr yng senang..jalang akan mengoda dan mengikis duit mangsa.ramai juga mangsa tapi yng menemui ajal hanya abg ngah..huurmm cam cite kat tv jek kan..tp ini lah yg sbnrnya berlaku. Sebelum ini arwh penah meracau² tunjukkan kat aku bekas² bdn dia calar..dia cam diganggu..tp aku bodoh..aku x percaya..aku nyesal!..dan kbyk perkara sblm dia mnggl dia bgtau aku..Cuma aku yg sgt xberguna! Number pompuan ni, nama suami pompuan tu, panggilan telefon sume dia bgtau aku..cam dia tau dia akan pergi..dan memberikan aku gambrn2..tp apa yang aku buat…aku hanya berdiam!! Cilaka!.Arwah, abg yg paling rapat dgn aku, apa jek aku akan kongsi dgn dia.Siap la kalau org kacau aku..aku akan ngadu kat dia. Dan kerana peristiwa ini jugalah aku seolah² tak dapat menerima ketentuan.Selalu memberontak..Tp Alhamdullilah aku ok dah sekarang..hehe.

Kalau Tanya keadilan.dunia mmg tak da keadilan.Lagi² tuk org² yg tiada nama atau pngkt cam kami..selagi jalang tu tak jumpa kes ni camtu jek la..n duit peguam tetap kena byr gak..hurmm mereka hanya nk duit..pecayalah. Hari ini,pada pukul 3 petang tadi, abang aku mendapat panggilan daripada polis yang menyatakan bahawa hukuman tlah dijatuhkan. Iaitu 7 tahun trhadap 3 adik jalang tu dan 9 tahun penjara ke atas suami jalang.dan selagi jalang tu xjumpa,hukuman tak dapat dijatuhkan. Ya Allah!!!..subhannallah!!..knapa dunia sgt tidak adil.. Jatuhkan hukuman yg seringan itu dan plg mnyakitkan hati kami sekeluarga TIDAK DIBERITAHU mngenai perbiaraan ini.!!..Walaupun keempat-empat binatang tu sudah mengaku bersalah! Tapi knp mereka terlepas dgn mudah! Mahkamah mengatakan motif pembunuhan tanpa sebab!!..habis tu yng mereka plan tangkap abg aku bawa sampai ke pontian dan campak ke sungai?!!! Ape tu!!!..Subhannallah…
Aku post entry ini bukan untuk minta simpati, lagipun benda ini dah lama berlaku, Tapi mungkin sebagai pengajaran kepada kita semua, Dunia ada mcm² jenis manusia, Kdg² niat kt nak membantu tapi kt pula yang jd mangsa. Satu jangka masa yang agak lama juga untuk family aku kembali pada keadaan sedia kala. Aku redha jika pembunuh abg ngah terlepas di dunia, tapi di akhirat kelak dia tetap akan menerima balasan yg setimpal. Semoga arwah dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang² yang beriman dan kekal selama²nya di dalam syurga.AL-FATIHAH buat Arwahyarham Mohd Shahril bin Abdul Satar.

No Response to "Dunia Kejam!!!!"