Pada 22hb February 2010, mahkamah telah memutuskan hukuman 9 tahun penjara ke atas faizul dan 7 tahun penjara ke atas 3 org adik-beradiknya. Keputusan yang dibuat berdasarkan tawaran peguam kepada tertuduh dengan syarat tertuduh mengaku bersalah, tetapi mengaku melakukannya secara bersama-sama. Keputusan hukuman gantung sampai mati telah dipinda kepada seksyen 304 A iaitu membunuh tanpa niat. Betina jalang masih lagi xjumpa2!
Hukuman yang mereka terima sgt tidak setimpal dgn perbuatan mereka terhadap arwah. Selepas berjumpa dengan peguam Aziezi!. Dia menyatakan bahawa bukti tidak ada untuk mensabitkan hukuman gantung. Tiada langsung kesan cap jari. Mangsa dipercayai mati sebab dicekik tetapi siapa yng melakukannya tidak dapat diketahui. Dan binatang2 itu mengaku melakukan pembunuhan bersama-sama. Dan disebabkan itu ia dikategorikan sebagai bunuh tanpa niat!..
Satu-satunya saksi kejadian adalah awek salah seorng adk pembunuh, Alif.. Saksi melihat kejadian di mana pakwe dan 3 org lagi sudara pakwenya mengusung beg plastic bewarna hitam dan di bawa serta dicampak ke dalam sungai tanpa mengetahui apa isi kandungan beg plastic itu. Menurut mahkamah itu tidak dapat mengesahkan yng dibawa oleh binatang2 itu adalah mayat!. Dan tidak dpt disabitkan lg kesalahan!!..
Sungguh tidak adil hukuman yng dikenakan! Semua ini permainan dunia. Dan family aku adalah mangsanya!
Motif pembunuhan yang digembar gemburkan oleh berita2 surat khabar palsu menyatakan arwah ada hubungan sulit dengan isteri Faizul iaitu pembunuh..Tetapi hakikat sebenar yng tidak sama sekali diketahui kebenarannya oleh umum ialah arwah sememangnya mangsa keadaan!..
Petang sehari sebelum kejadian ngeri ini berlaku. Aku mendengar perbualan arwah di telefon bersama seorng lelaki yng aku dgr namanya FAIZUL(pembunuh).. dalam perbualan, tiada pun suara lantang, perbualan secara baik..Ayat yng sampai skrg aku ingat.. Arwah ckp “ aku xtahu pun,sumpah ..lau aku tahu aku tolong kau..” dan diakhiri dgn “ ada makan-makan ke” perbualan spti pembunuh ingin bersemuka dgn arwah untuk berbincang.
Yang peliknya..jika ini kes cemburu buta atau skandal dan sebagainya..kenapa si efa(isteri pembunuh) terlibat bersama dlm pembunuhan dan perancangan.. dia yang membawa arwah pergi mkn dahulu sebelum membawa arwah ke tempt kejadian di mana suami dan adik-beradiknya sedng menunggu!
Arwah ada membuat pinjaman dgn bank, dan duit2 arwah semuanya habis..ke mana duit2 itu pergi? Arwah menunjukkan bekas2 calar di badan. Dan tiap2 mlm meracau seperti diganggu? Well..ok!! aku paham xsemua manusia atau mahkamah dunia ini terima kenyataan ini kan!!..bg mereka x masuk akal.. Bagi yang mengenali arwah dan aku adik yng rapat dgn arwah.. aku tahu arwah mcm mana.. walaupun dia syg ngan perempuan dia x akan tunduk pd perempuan..tp kenapa dgn perempuan jalang ni dia seperti mengikut jek apa yng disuruh. Mak pernah bawa arwah pergi berubat, dan alhamdullilah arwah sudah mula melupakan perempuan jalang itu. Tapi, satu maklumat yang diberitahu oleh kwn rapat arwah kpd kami sekeluarga. Perempuan itu penah mengugut dgn letakkan pisau di leher arwah akan membunuhnya jika arwah tgglkan betina itu.. Itu yang diceritakan oleh arwah kpd kawan baiknya..
Dan betina itu lari bukan kerana takot pd suami dia sbb dia curang. Tapi lari dr polis, kerana dia bersama-sama suami dan adk berdiknya melakukan kekejaman tersebut!!..Sial la berita2, manusia2 yng terlibat dlm memesongkan fakta ini..Di dunia mereka semua bergembira. Di akhirat kelak tahu la nasb mereka..
Aku sebagai adik, aku x mahu org fikir bukan2 mengenai Arwah.. walaupun perkara ini lama sudh berlaku..dan ramai suruh aku lupakannya.. Tapi cuba korang letakkan dr korng di tempt aku dan keluarga aku.. Senang untuk cakap sabar, redha..tp ketidak adilan menyebabkan aku bersuara.. walaupun hanya untuk beberapa org yng ingin mendgrnya..dan lbh ramai yng mengabaikannya..
Tuesday, 23 February 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)